Pameran Sempena Hari Maritim Sedunia

Pusat Teknologi Marin (MTC), telah terlibat dalam aktiviti pameran sempena Hari Maritim Sedunia 2015 pada 29hb – 31hb Oktober 2015 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pameran ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan Malaysia. Sebanyak 68 organisasi yang¬†terdiri dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta¬†terlibat dalam pameran ini.

Untuk makluman, aktiviti ini telah dianjurkan oleh Jabatan Laut Malaysia (MarDep).